PGA bongkar kegiatan tebang kayu bakau haram di Hutan Simpan Sungai Sugut, Beluran

KAYU bakau yang dirampas pihak berkuasa di Hutan Simpan Sungai Sugut, Pulau Jambongan, Beluran. FOTO ihsan PGA



Kota Kinabalu: Kegiatan penebangan secara haram terbongkar apabila 200 kayu bakau dirampas dalam Op Bersepadu Khazanah di Hutan Simpan Sungai Sugut, Pulau Jambongan, Beluran, kelmarin.

Semua kayu itu ditemukan selepas pasukan Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran dan Jabatan Perhutanan Sabah melakukan pemeriksaan hasil daripada risikan dan maklumat awam, jam 2.33 petang.

Operasi Bersepadu itu turut disertai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Taman-Taman Sabah (TTS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kejayaan itu hasil kerjasama semua jabatan.

Katanya, ketika melakukan pemantauan di kawasan hutan itu, pihaknya menemui longgokan kayu bakau berhampiran sempadan hutan simpan.


Tebang Secara Haram, 200 Batang Kayu Bakau Dirampas
"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 200 batang kayu ditebang secara haram.

"Semua kayu bakau itu kemudian disita untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Abduh berkata, kayu bakau itu dipercayai mahu diseludup keluar ke negara jiran.

"Tiada tangkapan dilakukan dan semua kayu bakau itu diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan-Peraturan Hutan 1969," katanya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.