Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sedia Tawar Kepakaran Hadapi Gempa Bumi - Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah

Kickbola.net
UMS Sedia Tawar Kepakaran Hadapi Bencana Alam
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



RABU, 24 JUN - Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedia berkerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam menghadapi bencana alam termasuk kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, pihak universiti sentiasa bersedia memainkan peranan membuat kajian dan pemantauan seterusnya memberi maklumat tepat dan nasihat yang bernas kepada penduduk Sabah.

“Sejurus kejadian gempa bumi pada 05 Jun lalu, UMS melalui Pusat Kajian Bencana Alam, Fakulti Sains dan Sumber Alam menubuhkan satu Jawatankuasa Kumpulan Penyelidik untuk mengkaji dan memantau fenomena ini. 

“Antara bidang yang dikaji termasuklah sains gempa bumi, tanah runtuh, banjir lumpur, kualiti air sungai, kesan gempa kepada struktur bangunan serta impak psikologi terhadap penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa penyelidik itu juga bertepatan dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman yang mempelawa kerjasama daripada semua pihak bagi menangani bencana yang menimpa.

Datuk Harun memaklumkan, hasil dapatan awal kajian menunjukkan kejadian gempa bumi telah mengakibatkan kerosakan infrastuktur dan bangunan, runtuhan batuan, runtuhan tanah, dan aliran lumpur.

“Dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian persekitaran yang toksik dalam air sungai juga tidak benar...kematian ikan di Sungai Kadamaian berpunca daripada bahan berlumpur yang sangat tinggi akibat runtuhan-runtuhan tanah yang diangkut air larian ketika hujan lebat,” jelasnya.

Picture
Kajian dan penyelidikan Prof. Dr Felix Tongkul dari UMS, geologis tempatan kita mengenai gempa bumi di Ranau. Dr Felix antara rujukan kita dalam merancang dan melaksanakan langkah jangka panjang bagi mengurangkan impak bencana ini.

Menyentuh mengenai pakar penyelidik yang ada, katanya semua pakar penyelidik berkaitan bencana alam UMS dikumpulkan satu bumbung sejak penubuhan Pusat Kajian Bencana Alam pada 2006.

“Pusat kajian ini telah membuat penyelidikan dan pemantauan bencana alam utama di Sabah seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau, hakisan pantai, ribut taufan dan tsunami. 

“Pusat ini juga bersedia memberi kerjasama dengan universiti-universiti atau institusi-institusi lain dari luar Sabah yang ingin menjalankan penyelidikan berkaitan bencana alam khasnya yang berlaku di negeri ini,” tambah Datuk Harun sambil memberitahu pusat itu akan mengadakan siri seminar berkaitan Sains Gempa Bumi serta kesannya bermula penghujung Jun.

“Seminar bertujuan memberi kefahaman lebih tepat dan memaklumkan hasil kajian terkini kepada orang ramai akan diadakan di Dewan Resital UMS pada 30 Jun 2015, di Kundasang, 07 Julai; dan Kota Belud pada 14 Julai,” katanya.

Datuk Harun berkata, siri seminar itu juga akan dilanjutkan ke tempat-tempat lain bergantung kepada keperluan semasa.

Beliau turut menasihatkan agar orang ramai menghentikan penyebaran maklumat-maklumat tidak tepat dalam aplikasi laman sosial.


“Situasi akan menjadi semakin buruk apabila tersebarnya maklumat-maklumat yang tidak tepat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. –SS


Bahagian Media dan Citra, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.