Wanita impi kerja di luar negara rugi RM6,050

Hasrat seorang wanita bekerja di luar negara tidak kesampaian apabila ditipu seorang ejen yang dikenali menerusi atas talian.

Wanita Rugi RM6,050 Ditipu Ejen Pelancongan



Seorang wanita bukan saja hancur impiannya untuk bekerja di luar negara tetapi juga kerugian RM6,050 apabila dia ditipu oleh sebuah “syarikat pelancongan”.

Wanita berumur 50 tahun itu, yang sedar dia ditipu selepas membuat dua transaksi wang pada 8 dan 26 Julai, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pukul 2.23 petang Ahad lepas.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa kerugian RM6,050 selepas terpedaya dengan ejen pelancongan yang kononnya boleh membantu mendapatkan pekerjaan di luar negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, Superintendan G Moses Govindarajoo berkata, mangsa berusia 50 tahun mendakwa berurusan dengan seorang lelaki yang menggunakan nama orang tempatan.

Katanya, mangsa membuat dua pemindahan wang iaitu sebanyak RM2,800 serta RM3,250 pada 8 Julai dan 26 Julai lalu.

“Mangsa mendakwa membuat transaksi wang ke dua akaun yang berbeza berjumlah keseluruhan RM6,050.

“Ia bertujuan untuk menguruskan visa dan tiket penerbangan ke Australia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

G Moses berkata, mangsa bagaimanapun, hanya menyedari tertipu selepas membuat semakan dengan pihak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Katanya, pemeriksaan mendapati tiket yang dihantar oleh suspek adalah palsu.

“Mangsa membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Sehubungan itu, G Moses menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berurusan dengan orang tidak dikenali secara atas talian.

Post a Comment

Previous Post Next Post